.

.

Sunday, January 26, 2014

Lunch : Steamboat Di Office Lah Pulokk...

Friday last week aku n geng² opis sepakat nak buat steamboat di pejabat, memandangkan waktu rehat yang agak lama dan panjang pada hari Jumaat tu. Dengan modal seorang hanya RM10 macam² yang kami dapat beli antaranya ayam, fish cake, sosej, crab stick, segala jenis bebola, tauhu kering, cendawan dan sayur²an. Tak lupa kitaorang beli bihun dan yee mee sebagai tambahan makanan. Ayam tu kitaorang dah siap² marinate dari rumah. Tak lupa buat kuah tomyam siap² dari rumah untuk kuah steamboat tu. Steamboat pot tu kepunyaan aku dan member aku, bawa siap² dari rumah.

Memang best, kenyang, berbaloi dan puas hati sangat² dengan jumlah RM10 seorang kalo nak bandingkan pergi ke Seoul Garden, Johnny dan sebagainya. Minuman plak kami buat air koktail letak aiskrim vanilla...memang best...Lepas makan, semua perut sendat², dah jadik ular sawa...haha

Rasa macam nak buat lagi jer bebila free....













No comments: