.

.

Saturday, September 28, 2013

Restoran Ikan Patin Temerloh, Bt Berendam

Kali ini aku lunch ngan husband aku kat restoran ikan patin temerloh area batu berendam sederet dengan dominos pizza. Maklum lah, husband aku peminat ikan patin masak tempoyak. Pernah jugak dia ajak aku ke Temerloh semata mata nak makan ikan patin masak tempoyak, sabarr jer laa..

Kedai ni beroperasis setiap hari dari pukul 10 hingga pukul 7 petang dan dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu. Hari Ahad tutup, tak beroperasi. Husband pernah menyoal pemilik kedai, katanya ikan patin ni memang dia ambil dari Temerloh..so x payah pergi Temerloh lagi, kat Melaka pun dah ada..

Harga ikan jugak berpatutan, satu kelar RM5.00 tak kira kepala atau isi. Lauk lain pun banyak dijual disini, tp yang penting kat sini ikan patin sebab susah nak carik. Lagipun ikan patin ni tak hanyir dan masak lemak tempoyaknya pedas.

Cuba lah...




No comments: