Hujung tahun nie,
kitaorg bercuti seminggu. Destinasi kali ini ke Cameron Highland &
Kelantan..Kitaorg duduk kat apartment di Tanah Rata…Okey lah jugak dekat dengan
food court, senang nak carik makan..Dulu2 duduk kt Brinchang, tp sebab
Brinchang dah penuh..
Apartment kitaorang ada
3 bilik, dapur, ruang tamu..sesuai sangat untuk kitaorang yg datang sefamily
nie…
Kami gerak dari Muar
pagi2 lagi…Kitaorang ikut Tapah sebab ingatkan nak lalu kat Simpang Pulai tp
dapat info katanya jammed giler kat sana. So bertabahlah lalu kat Tapah yang
jalannya bengkang bengkok macam ular kena palu…
Pastu kitaorang berenti kat Lata Iskandar tengok air terjun..Kiri kanan ada orang asli yg berniaga..petai, buah2an dan lain2..
Pastu kitaorang terukan perjalanan dan sampailah kami ke Apartment yg kami sewa di Tanah Rata..harga untuk penginapan 3 hari 2 malam ialah RM500..okey lah..
Petang tue, lepas rest2 kan badan, kitaorang jalan2 ke pasar malam Brinchang..tu jer aktiviti kitaorg utk hari nie...
Air
terjun Lata Iskandar
baru sampai
Apartment yg kami sewa
Possing jap..
Dengan mak
Abah
Pasar malam Brinchang
No comments:
Post a Comment