Ramai di antara kita ni makan gaji. Jadi kita tentu
ada boss. Hari ni saya nak beri tips bagaimana nak membuat boss kita suka dan
senang bekerja dengan kita. Almaklum, boss is always right jadi
kalau hati dia tak senang, nanti kita pula yang kena tendang.
Tips ini lebih berfokus kepada special
officer/pegawai khas/pegawai tugas-tugas khas atau sesiapa yang bertugas
secara langsung dengan big boss (CEO, COO dan sebagai). Tapi
secara umumnya tips ini berguna untuk semua kakitangan marhaen seperti saya :)
1. Sentiasa angguk, cakap `ya' dan cakap `ok',
walaupun arahan yang diberikan tidak difahami atau memang mustahil untuk
dibuat. Kena cakap ok dulu, lepas tu belakang cerita.
2. Jauhi amalan EL (Emergency Leave) atau
bercuti pada saat-saat bos memerlukan anda.
3. Bersedia untuk datang awal dan balik lambat.
Terutamanya apabila diberi tugas tiba-tiba pada saat anda mahu mengemas beg
untuk pulang.
4. Boleh menjawab telefon dan membalas SMS pada
bila-bila masa sekalipun jam menunjukkan pukul 12.15 am dan bos anda menelefon
untuk bertanya tentang jadualnya untuk esok.
5. Boleh menyiapkan kerja-kerja yang diberikan
dengan pantas, lengkap dan baik. Kepantasan amatlah penting kerana bos besar
tidak punya masa yang panjang untuk dateline.
6. Sentiasa senyum dan kelihatan gembira apabila
bercakap dengan boss.
7. Jangan lupa ucap `terima kasih' sekalipun
sepatutnya bos kita yang ucap terima kasih sebab kita siapkan paperwork dia.
8. Jangan cakap perkara-perkara yang buruk tentang
bos kita di hadapan orang lain. Dunia ni kecik, nanti bos kita tau.
9. Kena jujur pada bos. Kalau sekali kita tipu,
nanti selama-lamanya bos tak percaya.
10. Bersedia untuk menyalahkan diri sendiri untuk
cover kesalahan yang dibuat oleh bos. Contohnya kalau bos tersalah minit surat,
kita kenalah cover kesilapan dia. Kadang-kadang tu kena mengaku kononnya
kesalahan tu kita yang buat!
Sebabnya, bos besar mesti nampak hebat dan unggul
di mata orang lain. Jadi, kita kena pastikan bos jadi yang terbaik untuk kita
juga tumpang sama keunggulan yang dimiliki oleh dia. Win-win situation gitu...
No comments:
Post a Comment